February 19, 2018

Proses Lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

run

Mulai tahun 2014 ini, proses lantikan jawatan pegawai PTD telah diubah formatnya. Sebelum ini prosesnya adalah:

  • Calon mohon jawatan PTD di SPA Online
  • Calon duduki peperiksaan PTD
  • Jika lulus, calon akan dipanggil sertai PAC – PTD Assessment Centre
  • Calon akan ditemuduga
  • Jika lulus, akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai PTD dan untuk confirmkan jawatan harus sertai kursus DPA selama 7 bulan

Sekarang ini formatnya ialah:

  • Calon mohon jawatan PTD di SPA Online
  • Calon duduki peperiksaan online PTD
  • Jika lulus, calon akan terus ditemuduga
  • Jika lulus, calon akan masuk dalam program Kadet PTD selama setahun dan dalam setahun ini kena ambil kursus DPA (Kursus Diploma Pengurusan Awam) 7 bulan.
  • Calon yang melepasi program Kadet PTD & DPA akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai PTD.

Secara ringkasnya syarat-syarat baru bagi menjawat Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD 2014) ialah:

  • Kadet PTD perlu ikuti dua kursus diploma
  • Kursus 5 bulan Siswazah Pentadbiran Awam ( DPPA ) di bawah Universiti Malaya (UM)
  • Diploma 7 bulan Pentadbiran Awam (DPA) di bawah Intan
  • Kursus DPPA memfokuskan konsep ‘Askar’ termasuk sikap kemahiran, pengetahuan, ketangkasan dan berdaya tahan dengan menjalani kursus 30 jam kredit dalam dua semester
  • Kursus DPA lebih tertumpu kepada pembentukan peribadi

 

 

Speak Your Mind

*

Spam Blocking by WP-SpamShield