August 20, 2018

Persiapan Menghadiri Temuduga Kerajaan atau Temuduga SPA – Part 1

temuduga kerajaan

Anda lulus peperiksaan online SPA?

Fuh lega. Tahniah! Dah penat bertungkus lumus study, akhirnya anda lulus. Bukan mudah tau nak lepas.

Peringkat seterusnya ialah anda akan dipanggil ke sesi temuduga di pejabat kerajaan dan akan bersoal-jawab dengan pegawai kerajaan gred 41 ke atas. Ada sesetengahnya memanggil temuduga kerja kerajaan ini dengan temuduga SPA.

Apa persiapan yang perlu dibuat untuk menghadapi temuduga SPA ini? Pasti soalan ini yang bermain di fikiran anda.

Kami di KerjayaKini.com akan berkongsi dengan anda tip dan persiapan yang anda perlu lakukan untuk temuduga kerajaan ini.

Persiapan Temuduga Kerajaan / Temuduga SPA

1. Sediakan Resume yang profesional

2. Study contoh-contoh soalan temuduga kerja kerajaan

3. Praktis bercakap sekerap mungkin

4. Kuasai komunikasi dalam Bahasa Inggeris

5. Baca dan ikuti isu semasa yang berlaku dalam minggu atau bulan tersebut

6. Tawakal, doa dan solat hajat

1. Sediakan Resume yang profesional

Untuk temuduga kerajaan ini, anda perlu bawa resume untuk dipersembahkan kepada panel temuduga. Jika ada 3 orang panel, anda fotostat resume sebanyak 3 set. Maknanya setiap set untuk setiap panel temuduga. Resume harus lengkap dan padat mengikut format penulisan resume yang terkini. Ini poin penting dalam penulisan resume :

  • Biodata dan latarbelakang anda
  • Objektif kerjaya : Jelaskan apa yang anda ingin capai dalam kerja yang anda sedang mohon sekarang
  • Kelayakan akademik : SPM – Sijil tertinggi
  • Ringkasan kursus akademik yang anda pelajari : Jika berkaitan dengan bidang kerja, anda boleh masukkannya dalam resume
  • Pengalaman kerja terdahulu : Meliputi nama jawatan, syarikat, skop kerja, gaji dan jangkamasa bekerja
  • Pencapaian : Anugerah atau penghargaan yang diperolehi sejak sekolah hingga sekarang
  • Kemahiran dalam ICT dan komunikasi (bahasa)
  • Kekuatan anda : Bahagian terpenting dalam resume. Perincikan setiap kekuatan atau value yang anda ada supaya majikan tahu kualiti anda
  • Rujukan (reference) : Boleh letak nama majikan terdahulu sebagai rujukan

KerjayaKini.com akan sambung artikel temuduga SPA ini dalam entry akan datang. Nantikan!

 

Speak Your Mind

*

Spam Blocking by WP-SpamShield