June 18, 2018

Nak Kerja Kerajaan atau Kerja Swasta?

kerja swasta

Wahai graduan,

Anda sudah tamat belajar dan sekarang anda sudah mohon banyak pekerjaan. Dan hari ini rezeki anda mendapat dua tawaran iaitu kerja kerajaan dan kerja swasta. Anda pasti gembira bukan kepalang mendapat berita ini.

Nah, sekarang apa pilihan anda? Kerja kerajaan atau kerja dengan syarikat swasta?

Baik, mari kita amati satu per satu kelebihan dan kekurangan bekerja di setiap pekerjaan ini.

Kelebihan Kerja Kerajaan

  • Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
  • Kestabilan ekonomi sendiri
  • Potensi dibuang kerja amat tipis
  • Kerja yang lebih tenang dan selesa

Kekurangan Kerja Kerajaan

  • Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat
  • Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat
  • Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah
  • Gaji pokok yang kecil
  • Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja
  • Posting jauh dari tempat tinggal

Kelebihan Kerja Swasta

  • Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara
  • Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat
  • Gaji pokok yang tinggi
  • Berorientasikan keuntungan syarikat
  • Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan
  • Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa mengikut kelayakan
  • Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT
  • Ruang kerja yang kondusif

Kekurangan Kerja Swasta

  • Potensi dibuang kerja tinggi
  • Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja
  • Masa depan tidak terjamin
  • Boleh pilih kerja

Ini hasil maklumat yang kami perolehi dari Internet.

Sebenarnya walau apa pun ia terpulang kepada situasi anda pada masa tersebut. Jika anda masih bujang dan ingin rasa gaji besar, anda boleh bekerja dengan syarikat swasta misalnya syarikat minyak dan gas. Bekerjalah selama 3-5 tahun. Pengalaman dari bekerja ini anda boleh gunakan sebagai nilai tambah dalam resume anda bila mana anda bercadang untuk bertukar kerja kelak.

Bagaimana pula dengan situasi anda yang baru atau sudah berkahwin? Apatah lagi dah ada anak. Mungkin anda boleh pilih kerja kerajaan disebabkan oleh faktor-faktor lebih selamat dan selesa untuk masa depan keluarga. Walau bagaimanapun, jika anda sang suami mempunyai isteri bekerja kerajaan, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk bekerja swasta kerana kelebihan be kerja kerajaan sudah dimiliki oleh si isteri.

Masih buntu nak pilih yang mana satu?

Buatlah solat istikharah mohon petunjuk dari Nya. Dan juga mohon pendapat dari saudara-mara dan rakan terdekat. Pasti mereka ada solusi yang bernas yang anda tak terfikir disebabkan anda hanya fikir masalah anda seorang diri.

Kami di KerjayaKini.com mendoakan yang terbaik untuk anda.

 

Kerja sampai Berjaya, barulah namanya KERJAYA!

Team KerjayaKini.com

Speak Your Mind

*

Spam Blocking by WP-SpamShield