February 19, 2018

KerjayaKini.com kini LIVE dengan blog sendiri

peluang kerjaya

Hai semua.

Kami dari team KerjayaKini.com dengan rasa rendah diri mempersembahkan blog kerjaya ini untuk rujukan rakyat Malaysia. Tentunya kami tujukan khas blog ini buat graduan yang baru habis belajar mahupun anda yang dah bekerja tapi nak bertukar kerja.

Apa yang kami ingin muatkan di blog ini?

Secara dasarnya, kami nak berkongsi informasi dan maklumat bidang kerjaya yang ada di Malaysia. Skopnya agak luas. Terdapat beberapa pengisian utama yang kami bercadang untuk muatkan di blog ini ialah:

  • Tip kerjaya merangkumi artikel, tip pendek, video dan ebook.
  • Berita kerjaya yang sedang berlangsung.
  • Peluang kerjaya yang terhidang. Baca jawatan kosong.
  • Review tentang isu kerjaya, produk kerjaya dan lain-lain.

Kami ucapkan terima kasih kerana anda berjaya menjumpai blog kerjaya ini.

Kami harapkan anda beroleh sesuatu dan tidak keluar dengan tangan kosong sahaja selepas memangkah blog ini.

Kami sangat suka jika anda sudi kongsikan kewujudan laman blog ini di media sosial dan platform-platform internet yang lain.

.

Kerja sampai Berjaya, baru namanya KERJAYA!

Team KerjayaKini.com

Speak Your Mind

*

Spam Blocking by WP-SpamShield