April 25, 2018

Kerjaya Selepas Ijazah: 5 Tip Cari Kerja

kerja selepas universiti

“Yahoo, aku dah grad. Tengoklah segulung ijazah yang aku dok pulun selama 4 tahun kat sini.”

6 bulan kemudian…

“Mana nak cari kerja ni. Satu pun tak berhasil…”

Mungkin begitulah keluhan para graduan kita pada masa kini.

Itu baru graduan ijazah. Bagaimana pula nasib graduan Diploma? Ada banyak pula kes jawatan diploma dan SPM diisi oleh graduan Ijazah. Anda pasti pernah dengar kes macam ni kan?

kerjaya selepas ijazah

Baik, kami di KerjayaKini.com bukanlah mahu menambah beban anda, kami disini ingin membantu dengan beberapa tip yang boleh dipraktis terus.

Bayangkan sekarang ini anda baru habis belajar, bujang, tinggal di rumah sewa bujang dan anda ada impian untuk bekerja dengan gaji besar. Apa tindakan pertama yang anda akan buat? Pastilah mencari kerja bukan. Buka jobstreet, beli paper The Star, daftar di semua portal cari kerja dan macam-macam lagilah. Kemudian…

  • Hantar resume
  • Dapat penggilan temuduga
  • Buat persiapan rapi
  • Hadir temuduga
  • Tunggu result

Kalau dapat, Alhamdulillah.. tapi kalau sebaliknya macam mana?

Baiklah, mari kami kongsikan 5 tip cari kerja jika anda masih tak berjaya dapat kerjaya idaman anda:

1. Jangan cari kerja tapi sambung belajar

Fuh, macam tak kena pula. Tadi kata nak bagi tip cari kerja tapi sekarang suruh sambung belajar pula. Bertenang, ini hanya sekadar cadangan jika anda ada minat untuk belajar lagi. Sambung buat Master, buat part time Tutor disitu ada sedikit income yang boleh diperolehi.

2. Kerja biasa-biasa tapi boleh banyak belajar

Di bandar-bandar pasti ada banyak offer jawatan kosong yang biasa-biasa, bukan level pegawai ke atas. Kami cadangkan anda pilih jawatan berkaitan sales dan marketing. Walaupun anda tak biasa, tapi jawatan ini ada banyak kelebihannya. Dari segi pengalaman dan komunikasi, anda boleh belajar banyak perkara dan kemudian anda boleh gunakan pengalaman ini untuk apply dapatkan kerjaya idaman anda.

Majikan pasti akan melihat semua perkara ini. Bidang jualan sangat baik untuk dijadikan sebagai pengalaman bekerja dalam resume anda. Ianya satu BONUS untuk anda.

3. Kerja biasa-biasa yang satu bidang dengan kerjaya idaman

Misalnya anda minat dengan kerja bidang pakaian buat baju. Anda mohon kerja dengan syarikat tersebut sebagai peekerja biasa. Anda boleh banyak belajar dari cara-cara buat baju, printing, cara berurusan dengan customer dan lain-lain. Lama kelamaan anda pasti akan jadi mahir dan tahu selok-belok kerja buat baju.

Nah disinilah anda boleh naik pangkat sikit-sikit dan akhirnya mungkin anda dapat jadi bos dengan membuka syarikat kedai baju sendiri. Siapa tahu kan?

4. Hubungi kawan lama

Kawan-kawan semasa di universiti, kolej, sekolah janganlah dilupakan. Sekarang zaman ber whatsapp. Ada banyak group whatsapp kawan-kawan lama yang anda boleh sertai dan hebahkan tentang cerita anda mahu cari kerja sekian-sekian. Pasti akan ada terselit rezeki anda dengan cara guna kawan-kawan ni untuk dapatkan kerja.

Selepas dapat kerja tu, kenalah perform. Kalau tak, buat malu saja kawan anda promosikan anda untuk kerja tersebut.

5. Isi borang SPA online

Haa, ini ramai yang buat tak? Mesti ramai kan tapi lepas sekali apply tapi tak ada yang lekat, masing-masing jadi malas nak apply lagi. Jangan begitu kawan, terus rajin apply selepas setahun permohonan anda expired.

Mana tahu pegawai kerajaan ni nampak anda rajin apply, akhirnya rezeki bekerja kerajaan menjadi milik anda.

Link apply borang SPA : http://putra2.spa.gov.my/spa8new/daftar.jsp

6. Hubungi syarikat tempat praktikal

Jangan dilupakan tempat kita praktikal atau ber Latihan Industri. Buat kerja betul-betul semasa ber praktikal, mana tahu rezeki anda dipanggil untuk sambung bekerja disitu.

Sebenarnya bukan ada 6 tip sahaja, malah lebih lagi. Macam mana tu?

Jomlah sama-sama kongsi pengalaman anda dulu. Mana tahu berguna untuk adik-adik kita yang sedang mencari kerja ni.

Cer komen sikit :)

Speak Your Mind

*

Spam Blocking by WP-SpamShield