February 19, 2018

Format Soalan Exam PTD 2014

Studying

Format soalan exam PTD telah pun bertukar pada tahun 2014 memandangkan peperiksaan hanya dilakukan secara online sahaja dan bukan bertulis seperti sebelum tahun-tahun yang sudah.

Ini format soalan exam PTD yang terdahulu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Pengertian dan Kefahaman Terhadap Esei
  • Seksyen D – Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris

Format untuk peperiksaan 1 NOVEMBER 2014 ini adalah format terbaru peperiksaan khas Pegawai Tadbir Diplomatik. Jika sebelum ini peperiksaan berkisar kepada empat (4) penilaian utama iaitu berkaitan pengetahun Am dan daya menyelesaikan masalah, esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris, format kali ini dua seksyen esei dibuang dan digantikan dengan Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik (30 Soalan sahaja? – pelik!)

Medium peperiksaan online kali ini agak mendebarkan calon terutama kepada calon yang ada pengalaman peperiksaan online SPA bermula MEI 2014. Mengikut rekod, peperiksaan Online SPA yang lalu memberikan pengalaman yang kurang baik kepada ‘first-timer’. Banyak masalah teknikal yang dihadapi. Tetapi harapannya sesi kali ini berjalan dengan lancar.

Anda harus tahu juga yang Gred 41 telah mula menggunakan sistem MyRecruitment yang sebelum ini hanya untuk menapis calon lulusan ijazah bagi beberapa jawatan khusus Gred 41 seperti Pegawai Tadbir Diplomatik. Ringkasnya, sebelum sampai ke temuduga calon akan melalui 2 peringkat saringan iaitu peperiksaan bertulis/online (yang bakal anda hadapi) dan sekiranya berjaya anda akan dibawa menduduki sesi “Program Assessment Center (PAC)” sebelum ke sesi temuduga.

Tetapi mengikut maklumat TERKINI, tiada sesi PAC untuk jawatan peperiksaan 1 NOVEMBER ini. Anda yang berjaya akan terus ke sesi temuduga. Selepas selesai dan berjaya sesi temuduga, calon akan dimasukkan ke SKIM KADET PTD

Pada tahun 2014, ini adalah buat pertama kalinya exam PTD dibuat menggunakan sistem online. Exam-exam SPA bagi jawatan kerajaan yang lain juga telah pernah diadakan secara online misalannya bagi jawatan Penguasa Kastam baru-baru ini.

Nampaknya format exam PTD pada kali ini telah dikurangkan seksyen soalan dari 5 kepada 3 seksyen sahaja:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Ujian Psikometrik

Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling.

Seksyen ini akan menguji daya pengetahuan am calon terhadap isu semasa yang berlaku di Malaysia khasnya dan alam sekeliling amnya. Calon perlu mempunyai sedikit pengetahuan tentang hal pentadbiran kerajaan, teknologi maklumat, ekonomi semasa, sosial, perdagangan dan sebagainya. Soalan-soalan yang akan dikemukakan adalah sesuai dengan taraf pendidikan peringkat ijazah dalam bidang akademik. Calon-calon yang sering mengikuti perkembangan semasa akan mendapat kelebihan dalam menjawab soalan-soalan pengetahuan am ini. Cuba berikan tumpuan kepada hal-hal yang berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan dan GST.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan. Tetapi untuk 1 NOVEMBER ini kemungkinan ianya melibatkan variasi yang pelbagai dan berbeza.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran

Nak review copy PERCUMA dan contoh soalan yang akan keluar dalam Exam PTD nanti? Klik Disini Sekarang.

Speak Your Mind

*

Spam Blocking by WP-SpamShield