June 18, 2018

Bagaimana Menulis Resume Yang Disukai Bakal Majikan?

resume (Mobile)

Hai sahabat. Masih mencari peluang kerja? Sebelum apply kerja, pastikan anda dah sediakan resume kerja yang boleh menarik perhatian bakal majikan. Sudah jumpa contoh resume terbaik untuk dimasukkan dalam resume anda?

Tidak dinafikan bahawa resume memainkan peranan penting yang pertama sebelum nama anda dipanggil ke sesi temuduga. Ia merupakan satu gambaran awal yang anda ingin tunjukkan kepada majikan mengenai siapa anda, belajar dimana, kelayakan anda dan apa kemahiran anda.

Menulis resume bukanlah mudah tetapi tidaklah terlalu susah. Anda perlu buat sedikit kajian di sana-sini sebelum hasilkan resume terbaik. Kami di KerjayaKini.com ingin berkongsi beberapa poin penting dalam penulisan resume sebagai rujukan anda.

Apa Perlu Ada Dalam Resume?

Perkara penting yang perlu ada dalam resume ialah:

  • Biodata dan latarbelakang anda
  • Objektif kerjaya
  • Kelayakan akademik
  • Ringkasan kursus akademik yang anda pelajari
  • Pengalaman kerja terdahulu
  • Pencapaian
  • Kemahiran dan kekuatan anda
  • Rujukan (reference)

Ini adalah perkara asas yang perlu anda masukkan dalam resume kerja anda.

Resume Bahasa Melayu ke Resume Bahasa Inggeris?

Baik, pasti ada yang bertanya, “nak buat resume dalam BM ke English?”.

Begini, lihat pada tempat kerja yang bagaimana anda ingin mohon. Bagi syarikat Multinasional dan swasta, kebiasaannya memang 100% akan meminta resume dalam Bahasa Inggeris.

Bagi tempat kerja berkaitan dengan kerajaan atau semi kerajaan, anda boleh sediakan kedua-duanya, satu resume Bahasa Melayu, satu lagi resume Bahasa Inggeris. Buat kajian sedikit tentang bakal majikan anda. Risik-risik dengan orang HR, minta nasihat. Manalah tahu mereka sudi bercerita.

5 Tip Ringkas Menulis Resume Kerja

  • Gunakan font yang standard iaitu Times New Roman, Georgia atau Arial.
  • Elakkan kesilapan ejaan dengan meminta rakan menyemak spelling di dalam resume anda.
  • Jujur dalam semua maklumat resume. Jangan menipu dengan sijil yang palsu atau kemahiran yang anda tidak pasti.
  • Create satu akaun di Linked.in yang memaparkan resume anda. Anda boleh letak link di linked.in anda dalam resume bagi menampakkan anda orang yang mengikuti trend ICT.
  • Lebihkan penulisan di bahagian pencapaian, kemahiran dan value anda. Apa yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat. Itu yang bakal majikan mahu tahu dari anda.

.

Tahukah Anda, Antara Punca 367, 000 Orang Masih Gagal Mendapat Kerja Adalah Kerana Tidak Tahu Menghantar Resume Yang Memikat Bakal Majikan!

Resume Anda Berpotensi Untuk Bakal DILONGKANGKAN Jika Tidak Ambil Serius Apa Yang Kami Mahu Sampaikan…!

.

ebook percuma resume kerja

Dapatkan Ebook PERCUMA ‘7 Kesilapan
Kritikal Resume Dilongkangkan

–> Klik Disini Sekarang <–

Speak Your Mind

*

Spam Blocking by WP-SpamShield